Umoor-e-Talibaat
116. Secretary Umoore Talibaat should be one who is involved in the field of teaching or learning.
117. Secretary Umoore Talibaat shall make arrangements for the education of female students who are illiterate.
118. Secretary Umoore Talibaat shall strive to bring back into education those female students who leave education after secondary school.
119. Sho’ba Umoore Talibaat shall endeavour to provide guidance to female students in every country from school level to higher education level and shall strive to resolve their general issues.
120. All matters relating to female students shall be resolved under the supervision of Secretary Umoore Talibaat.
121. Sho’ba Umoore Talibaat shall be influential in organising seminars in educational institutions on topics relating to Tabligh and social issues and shall provide guidance to female students in their efforts to advance the cause of service to mankind.
122. The Ahmadiyya Muslim Women’s Student Association shall work under Secretary Umoore Talibaat.
123. Election of Office Bearers of AMWSA shall take place every year at the time of Annual Ijtema and approval of elected members shall be obtained from Hazrat Khalifatul-Masih.
124. All Office Bearers of AMWSA shall be from among the female students.
125. Secretary Umoore Talibaat shall keep a complete record of all the female students under Ahmadiyya Muslim Women’s Student Association.
Note: Sho’ba Umoore Talibaat shall also be established at Majlis level
​
116. Sekretari Umoore Talibaat hendaklah seorang yang berada dalam bidang pendidikan atau pembelajaran.
117. Sekretari Umoore Talibaat hendaklah mengatur pendidikan untuk pelajar perempuan yang buta huruf.
118. Sekretari Umoore Talibaat hendaklah berusaha untuk membawa semula para pelajar perempuan ke dalam dunia pendidikan seandainya mereka menamatkan pendidikan selepas sekolah menengah.
119. Sho'ba Umoore Talibaat hendaklah giat berusaha memberikan panduan kepada para pelajar perempuan dalam setiap negara daripada peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan berusaha menyelesaikan apa-apa permasalahan yang mereka hadapi.
120. Semua urusan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar perempuan hendaklah diuruskan melalui Sekretari Umoore Talibaat.
121. Sho'ba Umoore Talibaat hendaklah berusaha menguruskan seminar-seminar di institusi-institusi pendidikan dalam tajuk-tajuk berkaitan dengan tabligh dan isu-isu sosial serta memberikan panduan kepada para pelajar perempuan dalam usaha mereka supaya dapat memajukan khidmat kemanusiaan.
122. Persatuan Pelajar Wanita Muslim Ahmadiyah (AMWSA) adalah di bawah bidang kuasa Sekretari Umoore Talibaat.
123. Pemilihan Pemegang-Pemegang Jawatan Persatuan Pelajar Wanita Muslim Ahmadiyyah dilaksanakan setiap tahun semasa Ijtima Tahunan dan kelulusan ahli-ahli yang terpilih hendaklah diperolehi daripada Hazrat Khalifatul Masih.
124. Semua pemegang jawatan dalam persatuan hendaklah daripada pelajar-pelajar wanita.
125. Sekretari Umoore Talibaat hendaklah mempunyai rekod yang lengkap semua pelajar perempuan dalam Persatuan Pelajar Wanita Muslim Ahmadiyah.
Nota: Sho'ba Umoore Talibaat juga hendaklah ditubuhkan di peringkat Majlis.