Muhasiba Mal
74. Muhasiba Mal Lajna Imaillah shall audit the accounts of Lajna Mulk and subordinate Majalis and shall see that accounts are maintained correctly.
75. As per rules, she shall sign all the bills after checking the accounts, in accordance with the relevant rules.
76. It is necessary to appoint an Auditor at Majlis and Regional level, in addition to the Markaz (Central) level.
77. She will supervise and check that the accounts of all advance payments and loans.
78. Every Majlis and Region/District should appoint an Auditor.
79. Muhasiba Mal shall co-operate fully and maintain contact with Secretary Mal.
80. Income and Expenditure Budget should be formulated with the collective advice of Sadr Lajna, Muhasiba Mal and Secretary Mal.
81. Large expenditures should be made with the collective advice of Sadr Lajna, Muhasiba Mal and Secretary Mal.
82. The attendance of Muhasiba Mal is essential at monthly meetings.
83. The quarterly Finance Report of every Majlis should have the signatures of Sadr, Secretary Mal and Muhasiba Mal.
84. The Muhasiba Mal (Auditor) of Region/District shall check the account of Chandas and Receipt Books and should sign the relevant register together with her remarks.
​
74. Muhasiba Mal Lajnah Imaillah akan mengaudit akaun Lajnah Mulk serta Majalis bawahan (sub-ordinate) dan hendaklah memerhatikan akaun-akaun tersebut diurus dengan betul.
75. Seperti peraturan-peraturan, dia hendaklah menandatangani semua bil selepas memeriksa akaun-akaun, mengikut peraturan yang berkaitan.
76. Adalah perlu untuk melantik seorang Juruaudit di Majlis dan Wilayah di samping peringkat Markaz (Pusat).
77. Dia akan mengawasi dan memeriksa akaun-akaun semua bayaran pendahuluan dan pinjaman.
78. Setiap Majlis dan Wilayah / Daerah hendaklah melantik seorang Juruaudit.
79. Muhasiba Mal hendaklah bekerjasama sepenuhnya dan mengekalkan hubungan dengan Sekretari Mal.
80. Belanjawan Pendapatan dan Perbelanjaan hendaklah dirumuskan dengan nasihat kolektif dari Sadr Lajnah, Muhasiba Mal dan Sekretari Mal.
81. Perbelanjaan besar harus dibuat dengan nasihat kolektif dari Sadr Lajnah, Muhasiba Mal dan Sekretari Mal.
82. Kehadiran Muhasiba Mal adalah penting dalam mesyuarat bulanan.
83. Laporan Kewangan suku tahunan setiap Majlis harus mempunyai tandatangan Sadr, Sekretari Mal dan Muhasiba Mal.
84. Muhasiba Mal (Juruaudit) Wilayah / Daerah hendaklah menyemak akaun Chanda-Chanda dan Buku-Buku Resit dan hendaklah menandatangani daftar yang relevan/bersesuaian bersama-sama dengan catatannya.